my entrance....welcome home...

swEeT HaLo..~~~

swEeT HaLo..~~~

this is what u see..!!

Monday, November 15, 2010

sePuLUh "K" dLm PerSAhaBaTAn...~~~



KECINTAAN
merupakan elemen yang paling penting sekali
 dalam sesebuah persahabatan. 
Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh
 jika tiadanya kecintaan antara dua insan
 yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. 
Sebab itu, kadang2 kita perlu meluahkan
 rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, 
"saya cinta awak" 
tapi bukan dengan niat lain ok!
semua itu kita dasarkan
kerana Allah..
InsyaAllah
hubungan persahabatan kita
akan
menjadi lebih erat..
Amin....

 KASIH SAYANG
 lebih kurang sama saja maksudnya dengan kecintaan.
 Namun, setelah kita mencintai sahabat kita,
  kita perlu curahkan segala kasih
dan
 sayang kita terhadap mereka.
 Tetapi, kadangkala kasih sayang
 tidak perlu dipamerkan secara luaran.
 Cukuplah sekadar kita mendoakan 
untuk sahabat-sahabat kita, 
InsyaAllah,
 itu sudah cukup membuktikan
 betapa sayangnya kita 
terhadap mereka.

 KEIKHLASAN
ya, ikhlas dalam bersahabat!
 dapat menjamin sesebuah
 persahabatan mendapat keberkatan
 dan
 rahmat daripada Illahi.
jika kita
 Tidak ikhlas ketika
 bersahabat dengan seseorang,
maka
 akan mengundang permusuhan
 antara sahabat.
 Bersahabatlah dengan seseorang
 kerana keluhuran hati budinya, 
bukan kerana rupa,
 pangkat,
 atau
 harta yang dimilikinya.
just be YOURSELF!!!
no DRAMA ok!!!



KESETIAAN
 terhadap seseorang sahabat
 mampu 
memanjangkan tali persahabatan
 walaupun jarang bertemu.
 Apabila kita setia 
terhadap sahabat kita,
 kita akan diingati
 oleh mereka sehingga
 akhir hayat mereka,
betul ker???
InsyaAllah...
 kerana tidak kira susah atau senang,
 kita setia 
berada di sisinya memberi sokongan, InsyaAllah.
jangan CURANG tau..!!
nanti sahabat kita CEMBURU...
hahahaha...



KEBERANIAN
 dalam berkata benar.
 Dalam persahabatan juga,
 kita hendaklah berani
 apabila
 ingin mengatakan sesuatu.
 Lebih-lebih lagi jika kita telah
 melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya,
 kita kena berani
 mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.
 Selain itu, berani 
dalam menasihati sahabat kita.
 kerana sebagai sahabat, 
kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?
TAPI,
agak2 juga kalau nak tegur tu k..
jangan sampai sahabat kita tersinggung...
kecik hati die nanti..
ada FAHAM???

 KEJUJURAN 
juga perlu dalam persahabatan.
 Jangan sesekali MENIPU
 atau
 menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita.
perlu ker nak TIPU2 nie??
komen ckit..
aku PANTANG kalau
sahabat aku nie kaki TIPU..!!!
INGAT..
 Mereka juga perlu tahu
 apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. 
JANGAN BERAHSIA,
 melainkan pada perkara
 yang benar-benar perlu dirahsiakan.
erm..
faham2 la yer...hehehe...


 KEMAAFAN.
 Sekiranya
 sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan,
 bersedialah untuk memaafkannya,
 tidak kira sebesar manapun kesalahan
 mereka terhadap kita
 kerana sahabat yang baik
 adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.
sedangkan,
NABI sendiri pun
memaafkan umat-Nya
inikan pula kita manusia biasa...
 Jika kita yang bersalah,
 janganlah malu untuk meminta maaf
 daripada mereka
 kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

 KESEDIHAN.
 Apabila kita sedar
 bahawa 
sahabat kita sedang bersedih,
 maka,
 ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. 
jangan pula kita sibuk2 
ajak pergi shopping ker..
lepak2 kat mall ker..
MEMANG tak tahu diri langsung...
SEPATUTNYA...
Tawarkanlah bahu kita
 untuk dijadikan tadahan air mata mereka.
 Kerana tiada siapa yang akan mereka cari
 selain kita sahabat mereka.
p/s: jangan lupa yer..
tuk sediakan tisu banyak2..
hehehe...

 KEGEMBIRAAN.
 Begitu juga dengan kegembiraan.
 Jika kita gembira,
 maka marilah berkongsi kegembiraan itu
 bersama sahabat-sahabat tercinta. 
Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? 
Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman
 indah di raut wajah mereka? 
Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
satu TERASA semua MERASA..
kan gembira hidup...



 KESERASIAN
 di sini bukanlah bermaksud,
 "Kau cantik, aku mesti cantik,"
 "Kau kaya, aku pun kena kaya"
aku pakai LV ko pun kena pakai LV..
lau x no FRIENDSHIP!
no..no..no..!!! 



Tidak sama sekali.
 Sememangnya manusia 
dijadikan oleh Allah berbeza-beza,
 namun, 
dalam persahabatan keserasian 
dapat diwujudkan apabila terbinanya
 persefahaman antara dua pihak. 
kita adalah SAHABAT...!





No comments:

Post a Comment