my entrance....welcome home...

swEeT HaLo..~~~

swEeT HaLo..~~~

this is what u see..!!

Monday, November 22, 2010

BIOGRAFI JEAN JACQUES

Jean Jacques dilahirkan di Jenewa, Swiss, dan beliau dikenali sebagai ahli falsafah Jean-Jacques Rousseau. Namun, malang telah menimpa beliau apabila ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya. Hidup Jean Jacques ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana nasib malang terus menimpa dirinya iaitu ketika beliau berumur sepuluh tahun ayahnya telah diusir dan diarahkan supaya meninggalkan daerah Jenewa dan Roussseau terpaksa hidup sebatang kara. Kemudian Rousseau sendiri mengambil keputusan untuk meninggalkan daerah Jenewa pada tahun 1728 ketika beliau berumur enam belas tahun. Bertahun-tahun Rousseau hidup sebagai masyarakat awam dan namanya langsung tidak dikenali oleh sesiapapun serta beliau terpaksa hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan bekerja di satu tempat malah sering bertukar-tukar kerja di tempat lain disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkannya.
Dalam tempoh keperitannya itu, dia juga terlibat dalam kisah percintaan dengan  beberapa orang wanita dan salah satunya ialah Therese Levasseur. Therese Levasseur merupakan seorang wanita berstatus janda yang mempunyai lima orang anak dan kelima-lima anaknya itu ialah anak luar nikah. Rousseau mengambil keputusan untuk  menempatkan kelima-lima anak Therese itu di asrama anak-anak yang tidak diketahui ibu dan bapa anak itu. Rousseau telah menikahi Therese ketika beliau berumur lima puluh tahun. Pada tahun 1750-an, ketika beliau berumur tiga puluh lapan tahun Rousseau telah menjadi terkenal. Akademi Dijon telah menawarkan hadiah esei terbaik tentang pokok persoalan yang beliau hasilkan iaitu mengenai “apakah seni dan ilmu pengetahuan sememangnya mempunyai manfaat buat nilai kemanusiaan”. Karya Rousseau itu telah berjaya mendapat hadiah tempat pertama.
Selepas penganugerahan itu, nama Rousseau telah menjadi semakin terkenal dan menjadi buah mulut orang ramai. Sejurus kemudian, muncul pula karya-karya lainnya, iaitu termasuklah Discourse on the Origin of Inequality (1755), La nouvelle Heloise (1761), Emile (1762), The Social Contract (1762), dan Confessions (1770). Berkat kesungguhannya menghasilkan kesemua karya itu, maka namanya melonjak naik dan semakin dikenali dalam kalangan ahli falsafah terkemuka. Tambahan lagi, disebabkan Rousseau yang  suka akan muzik, maka beliau telah menggubah dua kumpulan opera iaitu Les muses galantes dan Le devin du village. Rousseau mula menjalinkan tali persahabatan dalam kalangan sejumlah penulis terkemuka Perancis seperti Denis Diderot dan Jean d’Alambert. Tambahan pula idea dan pemikiran Rousseau sehaluan dengan tokoh-tokoh tersebut.
Disebabkan Rousseau menentang rencana Voltaire untuk mendirikan sebuah teater di Jenewa (Rousseau yakin bahawa teater merupakan sekolah yang mampu meruntuhkan moral), Rousseau telah dibenci habis-habisan oleh Voltaire. Disamping itu, idea dan pemikiran Rousseau juga sangat berbeza dengan rasionalisme Voltaire dan kaum Encyclopedist. Bermula tahun 1762-an dan seterusnya, Rousseau telah menghadapi pelbagai kesulitan dengan pihak penguasa kerana disebabkan tulisan-tulisan politik yang dihasilkannya. Beberapa rakan terdekatnya mulai menjauhkan diri darinya dan pada saat itulah Rousseau kelihatan mengalami perubahan jiwa (tekanan jiwa). Meskipun sejumlah orang masih bersahabat dengannya, Rousseau bersikap seperti bermusuh-musuhan dengan mereka kerana sifatnya yang penuh dengan curiga dan sering bersikap kasar. Selama dua puluh tahun menghabiskan sisa-sisa hidupnya, dia umumnya menjadi orang yang penuh dengan sifat kebencian dan kekecewaan serta dirundung kemurungan yang berpanjangan. Akhirnya dia meninggal dunia pada tahun 1778 di Ermenonville, Perancis.
Tulisan-tulisan dan karya-karya Rousseau dikatakan merupakan faktor penting ke arah pertumbuhan semangat sosialisme, romantisme, totaliterisme, anti-rasionalisme, serta perintis jalan ke arah tercetusnya Revolusi Perancis dan juga merupakan penyumbang utama bagi idea-idea moden menuju demokrasi dan kesaksamaan. Dia juga dianggap sebagai orang yang memberi sumbangan penting dalam hal pengaruh teori pendidikan moden. Sememangnya sudah lama dipersoalkan di dalam bidang teoritikal bahawa pada hakikatnya manusia merupakan makhluk yang paling hampir dengan alam sekitar (manusia disifatkan mudah berubah serta peka).
 Anggapan ini dikatakan diilhamkan dari tulisan-tulisan Rousseau. Apabila ideanya ini telah ditentukan kesahihannya, Rousseau lantang bersuara dalam hal pemikiran bahawa teknologi moden dan masyarakat itu merupakan suatu kombinasi yang buruk. Beliau juga telah memperkenalkan frasa tentang “kualiti keprimitifan.” Pada mulanya Rousseau tidak pernah menggunakan frasa itu dan beliau juga bukan merupakan seorang tokoh yang kagum dengan penduduk peribumi pulau di Laut Selatan. Sebenarnya pemikiran tentang frasa yang disebut sebagai “kualiti keprimitifan” itu telah diperkenalkan lebih awal lagi iaitu sebelum zaman Rousseau dan penyair Inggeris terkenal, John Dryden. Mereka sudah lama menggunakan frasa yang hampir sama iaitu lebih awal seabad sebelum Rousseau lahir ke dunia.
 Hakikatnya, Rousseau tidak pernah berpendapat dan berkata bahawa masyarakat itu pada dasarnya bersifat jahat. Malah sebaliknya, beliau sentiasa menekankan bahawa masyarakat itu perlu untuk manusia. Walaupun, Rousseau merupakan tokoh yang mula-mula mencetuskan gagasan “hubungan sosial” itu, tetapi semua itu adalah palsu. Gagasan ini sudah dibincangkan secara terperinci oleh John Locke yang hasil karyanya sudah diterbitkan sebelum Rousseau dilahirkan lagi. Bukti menunjukkan, ahli falsafah Inggeris yang termasyhur Thomas Hobbes telah pula membincangkan pemikiran ini (hubungan sosial) yakni sebelum zaman John Locke.
Bagaimana pula dengan masalah penolakan Rousseau terhadap teknologi? Sudah terang lagi bersuluh bahawa setelah dua abad Rousseau meninggal dunia, masyarakat mula menyaksikan pertumbuhan teknologi yang luar biasa. Penentangan Rousseau terhadap teknologi dengan bersungguh-sungguh itu merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Sekiranya terdapat segelintir masyarakat yang bersifat anti teknologi dewasa kini, hal itu sama sekali bukanlah berpunca dari penulisan Rousseau melainkan kesan dan akibat dari pengendalian kemudahan teknologi itu sendiri. Ramai dalam kalangan ahli pemikir yang telah mengusulkan bahawa faktor lingkungan mempunyai makna penting dalam pembentukan perwatakan manusia. Begitu juga nasionalisme yang merupakan faktor pendorong utama yang terpenting sebelum Rousseau hidup dan peranannya dalam pertumbuhan nasionalisme ini tidaklah begitu banyak.
Apakah tulisan-tulisan Rousseau telah merintis jalan ke arah tercetusnya Revolusi Perancis? Sehinggakan memang tidak dapat disangkal dan mungkin lebih penting dari perkara yang telah disumbangkan oleh tokoh Diderot dan d’ Alambert. Tetapi, pengaruh tulisan-tulisan Voltaire yang telah muncul terlebih dahulu berdasarkan jumlahnya yang lebih banyak dan lebih jelas matlamatnya, sememangnya mempunyai kaitan dari pelbagai aspek. Memang tidak dapat dinafikan lagi, Rousseau merupakan seorang anti-rasional yang jika dilihat dari latar belakangnya, sememangnya amat bertentangan dengan para penulis termasyhur Perancis sezamannya. Tetapi, anti-rasional bukanlah sesuatu yang baharu kerana kepercayaan mengenai aspek politik serta sosial kita sering berpunca dari emosi dan prasangka.
Jika pengaruh Rousseau tidaklah sebesar tanggapan para pengkagumnya, namun ideanya juga cukup meluas. Hal ini kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa sebenarnya beliau merupakan pendokong terpenting dalam isu perkembangan romantisme dalam bidang kesusasteraan dan pengaruhnya dalam bidang teori pendidikan berikut pengaplikasiannya telah membuktikan peri pentingnya idea yang digagaskan oleh beliau. Rousseau cuba memperkecilkan makna tentang pentingnya pendidikan anak-anak melalui buku bacaannya kerana beliau menganggap pendidikan adalah lebih efektif jika diperolah berdasarkan pengalaman. Lebih-lebih lagi Rousseau merupakan seorang tokoh yang menganjurkan bayi agar meminum air susu ibu. Hal ini menimbulkan persoalan betapa seorang yang meninggalkan anaknya sendiri mempunyai keberanian untuk memberi ceramah mengenai perihal memelihara dan membesarkan anak-anak. Tetapi, tidak ada yang perlu diragukan lagi kerana sesungguhnya gagasan-gagasan Rousseau mempunyai pengaruh yang sangat mendalam mengenai teori pendidikan moden.
Terdapat banyak pemikiran yang menarik dan original dalam tulisan-tulisan politik Rousseau. Tetapi yang paling menonjol dari kesemuanya itu adalah keghairahannya yang berkobar-kobar terhadap timbulnya isu persamaan hak dan darjat, dan perasaan yang mengatakan bahawa struktur masyarakat yang sedia ada merupakan sesuatu yang tidak menghadapi masalah ketidakadilan. Rousseau sendiri tidak pernah menganjurkan sebarang tindakan berbentuk kekerasan, tetapi jelas dia menyeru orang lain agar memilih revolusi yang bersifat kekerasan untuk mencapai perubahan yang lebih baik demi meningkatkan taraf dan status diri.
Pandangan Rousseau secara peribadi terhadap pelbagai punca permasalahan sering bertentangan antara satu sama lain. Hal ini kerana, beliau pernah menggambarkan hak milik peribadi itu merupakan sesuatu “hak yang paling suci dari semua hak penduduk.” Tetapi, pandangan terhadap hak milik peribadi yang cuba digambarkannya sememangnya mengundang kesan positif terhadap sikap para pembacanya kerana terdapat komentar-komentar yang diberikan bernada memuji dan menyanjung. Rousseau merupakan salah satu daripada kalangan penulis moden pertama yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya mengkaji dan menyelidik hak milik peribadi. Disebabkan kesungguhannya dalam mengupas isu hak milik peribadi maka, dia dianggap sebagai seorang tokoh pencetus kepada fahaman sosialisme dan komunisme moden.    
Kesimpulannya, Rousseau sering dikritik sebagai seorang yang menghidap penyakit saraf yang kronik (tetapi belum lagi dapat disahkan tanggapan bahawa dia benar-benar tidak waras), sebagai seorang lelaki chauvinis, seorang pemikir yang sering kelihatan resah dan pemikirannya yang tidak praktis serta tidak masuk akal. Sememangnya, kritikan-kritikan sedemikian rupa ini umumnya tidak dapat dihalang dan pasti akan tetap berlaku. Tetapi, yang lebih penting adalah dari kekurangan-kekurangan yang ada pada Rousseau itu, lahir pula pandangannya yang tajam dan kecerdasan akal fikirannya yang relevan serta original yang akhirnya terus mempengaruhi pemikiran moden selama lebih dari dua abad.




BIOGRAFI JOHN LOCKE
John Locke (1632-1704) ialah seorang tokoh pemikir yang berasal dari Inggeris. John Locke ialah pendukung dasar liberalisme kerana karya-karya penulisan John Locke telah mengilhamkan tercetusnya revolusi liberalis antara Perancis dan Amerika. Gagasan-gagasan dari Locke tentang kemerdekaan dan kebebasan individu menjadi bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wacana politik demokrasi. Pemikiran Locke dalam dunia politik telah menghasilkan Negara Konstitusional dengan konsep pembahagian kekuasaan yang kemudiannya disempurnakan oleh Montesquieu (1689-1755) serta menjadi konsep Trias Politik yang dikenali sekarang.
John Locke dilahirkan pada 29 Ogos 1632, di Wrington iaitu sebuah desa di wilayah Somerset Utara, Inggeris Barat, berhampiran dengan kawasan Bristol Inggeris dengan keadaan kehidupan di negeri yang pada masa itu masih dalam keadaan tragis dan ironis. Ketika Locke berusia 10 tahun, berlakunya peperangan antara kaum Puritan dengan Raja Charles 1. Konflik yang menimbulkan pertumpahan berdarah itu sama sekali tidak memandang hubungan kekeluargaan lalu menyebabkan jiwanya terganggu kerana Locke merasakan langsung akibat-akibat dari peperangan yang tercetus itu. Tragedi peperangan yang berlaku ketika dia masa kecil lagi, memberikan banyak pengajaran berharga kepada Locke. Dia mula memahami betapa pentingnya dan berharganya kebebasan, demokrasi, pembatasan kekuasaan dan toleransi agama.    
Ketika berumur 20 tahun, Locke memasuki Universiti Oxford dan mula berkenalan dengan Edward Baghshawe yang aktif mempropagandakan toleransi agama, kebebasan politik, dan hak-hak alamiah iaitu suatu gagasan yang kemudian disalurkan kepada Locke. Kemudian Locke menyerang gagasan Liberalisme Bagshawe dengan membuat karya-karya penulisannya pada tahun 1661. Melalui pemikirannya yang konservatif, dia menilai bahawa sesungguhnya penguasa sivil memiliki hak untuk memaksa konformitif demi terbentuknya suatu gagasan keagamaan dalam masyarakat.
          Dalam perjalanan hidupnya, Locke akhirnya dianggap sebagai pengasas dasar Negara Konstitusional dan penganjur idea konstitusionalisme zaman moden dan berperanan penting dalam mendorong terjadinya Glorious Revolution (1688), serta menentukan pemerintahan konstitusional pascarevolusi di Inggeris. Sebelum revolusi 1688 itu, di Inggeris, kedudukan hakim sangat bergantung kepada raja, sehingga mereka tidak akan dipecat, tetapi sekadar menjatuhkan hukuman bagi musuh-musuh raja itu dan sebaliknya membela kawan atau orang yang disenangi raja.
 Gejala ini antara lain yang menyebabkan Locke sendiri merasa tidak aman untuk tinggal di Inggeris. Selepas revolusi itu, kedudukan hakim tidak lagi bergantung kepada raja atau kekuasaan eksekutif, melainkan kepada badan legislative. Hal ini bertujuan untuk menjaga agar hakim berpegang dan berpaksikan undang-undang semata-mata. Dengan tercetusnya revolusi Glorious Revolution (1688) yang tidak berdarah, Raja James II dipaksa turun takhta dan parlimen Inggeris memanggil Pangeran William dari Orange menjadi raja baru. Setelah setahun selepas itu, beliau kembali ke Inggeris dan wafat pada tahun 1704.
John Locke turut mengilhamkan pemikirannya dalam aspek politik barat. Sebelum itu, kehidupan politik Inggeris dan Perancis abad XVII didominasi oleh wacana doktrin monarki absolut, yang merupakan jalan penyelesaian atas kekacauan sosial politik akibat perang saudara dan perang-perang agama. Monarki absolut dianggap jalan terbaik untuk menyatukan kelompok-kelompok sosial yang berpuak-puak dan mencipta informatif agama masing-masing. Monarki absolut didasarkan kepada kepercayaan bahawa kekuasaan mutlak raja bersifat ketuhanan dan dianggap suci. Locke adalah penentang gigih terhadap monarki absolut di negaranya. Monarki absolut dianggap bertentangan dengan prinsip civil society (masyarakat madani) yang diyakininya. Oleh sebab itu, Locke telah menghasilkan karya yang merefleksikan pertentangannya terhadap kekuasaan absolut dan pembelaannya terhadap kekuasaan absolut dan pembelaannya terhadap kebebasan dan  juga civil society.
 Gagasan-gagasan politik Locke tentang civil society dan kekuasaan politik (supreme power) dijelaskan dalam pembahasan konsep keadaan alamiah (state of nature), hak-hak pemilikan (property rights), kekuasaan tertinggi negara (supreme power), dan toleransi beragama (religious toleration). Menurut John Locke, kekuasaan merupakan hasil perjanjian sosial (the contract social) dan tidak bersifat mutlak. Oleh sebab itu, kekuasaan bukanlah berasal dari Tuhan yang tidak dikurniakan secara turun temurun dan kekuasaan bukan atas dasar teks kitab suci semata-mata. Pembatasan kekuasaan menjadi sangat penting iaitu kekuasaan dari kesepakatan warganya dengan penguasa negara yang dipilihnya.
          Locke juga berjaya menghasilkan sebuah karya yang sangat terkenal iaitu Two Treatises Of Goverment. Dalam karyanya ini, Locke memuatkan kritikan dan pandangannya terhadap gagasan–gagasan Filmer dalam karyanya Patriarcha (yang mendukung sistem pemerintahan monarki absolut). Locke juga mengemukakan tentang asal usul pemerintahan yang sepatutnya. Menurut Locke, pemerintahan adalah suatu keadaan alamiah (state of nature) iaitu dalam keadaan alamiah itu terdapat hukum alam (the law of nature) yang belandaskan hukum-hakam Tuhan dan hukum alam itulah yang mengatur keadaan alamiah. Keadaan alamiah menurut Locke adalah keadaan yang menceritakan mengenai manusia yang hidup dalam kedamaian, kebajikan, saling melindungi, penuh kebebasan, tidak ada rasa takut dan penuh kesetaraan (kesaksamaan). Jadi, keadaan alamiah yang dikemukakan Locke sememangnya bercanggah dengan pernyataan Hobbes yang menyebut bahawa manusia selalu terobsesi untuk memerangi, melukai, dan membunuh antara satu sama lain.  

Oleh sebab itu, kekuasaan negara dibentuk untuk menjaga hak pemilikan individual kerana hak ini merupakan hak alamiah yang tertanam dalam diri setiap manusia. Oleh sebab itu, Locke menginginkan warga atau individu seharusnya merelakan sebahagian hak-hak alamiahnya kepada pemegang kekuasaan sebagai syarat perlindungan diri manusia (supremacy power). Pemikiran John Locke yang lain turut mengemukakan tentang perlu adanya suatu konstitusi (pembatasan kekuasaan) agar penguasa yang ada tidak sewenang-wenangnya memanipulasi kuasa yang dimilikinya. Locke membahagikan kekuasaan kepada tiga bahagian, iaitu Executive Power (kekuasaan eksekutif), Legislative Power (kekuasaan legislatif) dan Federative Power (kekuasaan federatif). Hal ini dapat memberikan penilaian bahawa gagasan Locke amat sesuai dengan konsep politik moden dan Locke sendiri ingin membentuk suatu konstitusi yang berbentuk monarki konstitusional (monarki berpelembagaan).
John Locke merupakan tokoh pemikir demokrasi liberalis moden dan konsep-konsepnya merupakan asas yang bakal mencetuskan konsitusi moden yang dikembangkan oleh Montesquieu (1689-1755) di kemudian hari iaitu seperti yang sekarang kita kenali sebagai Trias Politic. Pandangan Locke amat berbeza dengan pandangan Thomas Hobbes yang menganjurkan negara dalam bentuk absolut. Hal ini disebabkan, John Locke berpandangan bahawa kekuasaan negara atau penguasa harus dibataskan terutama dalam hal yang menyentuh tentang kepentingan individu kerana perkara ini tidak dapat disembunyikan bahawa Locke menerima pengaruh dari Calvin kerana ayahnya yang berpihak pada kaum Puritan. John Locke merupakan seorang tokoh pemikir yang mendukung toleransi dan memperjuangkan sistem pemerintahan yang bersifat konstitusional atau berpelembagaan.



No comments:

Post a Comment